Business Model Canvas (BMC)
Apa itu Business Model Canvas (BMC)?
Business Model Canvas (BMC) adalah satu metod untuk membangunkan model perniagaan yang diperkenalkan olehdibangunkan oleh Alexander Osterwalder dan Profesor Yves Pigneur. Metod ini menggunakan perwakilan grafik beberapa pembolehubah yang menunjukkan aspek yang penting bagi sesebuah organisasi. BMC boleh digunakan sebagai alat strategi untuk pembangunan organisasi baru dan juga menganalisis prestasi perniagaan sedia ada.
Terdapat 9 aspek diambilkira dalam BMC yang dinamakan blok pembangunan organisasi (Organization Building Block)
1. Key partners (Rakan kongsi utama)
2. Key activities (Aktiviti utama)
3. Key resources (Sumber Utama)
4. Value propositions
5. Customer relationships (Hubungan dengan Pelanggan)
6. Channels (Saluran)
7. Customer segments (Segmen Pelanggan)
8. Cost structure (Struktur Kos)
9. Revenue streams (Aliran Pendapatan)
Prestasi organisasi yang sedia ada dengan mudah boleh ditingkatkan dengan menggunakan BMC. Semua aspek syarikat dijelaskan dengan jelas kerana aspek visual. Dengan melihat perkembangan setiap kategori, sesebuah organisasi dapat menilai cadangan nilai dan meningkatkan strateginya. Apabila menubuhkan syarikat baru, keputusan yang jelas boleh dibuat terlebih dahulu menggunakan BMC.
Bila saya menggunakan metod ini?
Saya menggunakan metod ini bila saya perlu memahami model perniagaan sesebuah organisasi. Dengan melengkapkan BMC, perbincangan untuk strategi lain lebih mudah.
Kenapa gunakan dalam rekabentuk “UX”
Saya menggunakan metod ini untuk UX workshop kerana dalam merekabentuk UX, pereka perlu memastikan rekaan memenuhi kehendak dan keperluan perniagaan. Matlamat utama dalam merekabentuk UX adalah untuk memastikan semua usaha dan aktiviti memberikan pulangan yang baik untuk organisasi.
Rujukan untuk maklumat lanjut
https://strategyzer.com/canvas/business-model-canvas