Golden Circle

Golden Circle

Apa itu Golden Circle?

“Golden Circle” adalah satu metod yang diperkenalkan oleh Simon Sinek dan dipopularkan melalui bukunya yang bertajuk “Start with Why”. Menurut Simon Sinek, syarikat-syarikat gergasi seperti Apple memulakan dengan “Why”. Metod ini biasanya digunakan dalam merekabentuk strategi pemasaran.

Bila saya menggunakan metod ini?

Saya selalu memulakan woksyop “User Experience” atau “Coaching” dengan golden circle. Metod ini membantu saya dan individu yang terlibat untuk lebih memahami isu-isu asas bagi sesebuah organisasi, perniagaan, program atau aktiviti.

Mengapa memilih metod ini?

Metod ini membolehkan perbincangan kumpulan fokus untuk mencari, berbincang dan mendapat persetujuan untuk isu-isu dan kefahaman asas yang boleh membantu proses seterusnya.

The Golden Circle

Secara ringkasnya:

  • WHY (Mengapa) – Inilah kepercayaan utama organisasi. Mengapa organisasi ini wujud.
  • HOW (Bagaimana) – Bagaimana organisasi memenuhi kepercayaan teras itu.
  • WHAT (Apa) – Apa yang dilakukan oleh organisasi untuk memenuhi kepercayaan teras itu.

Bunyi mudah, kan?

Tahukah anda kebanyakan organisasi memulakan pemasaran mereka dengan WHAT dan kemudian HOW dan WHY? Kebanyakan organisasi mengabaikan perkongsian “WHY.”  Malah kebanyakan di antara mereka tidak tahu mengapa (Why) mereka melakukan apa yang mereka lakukan.

Contoh Penggunaan

Apple bermula dengan “Why.” Ia adalah teras pemasaran mereka dan penggerak di belakang operasi organisasi mereka. Untuk membantu menggambarkan perkara ini, bayangkan jika Apple juga bermula ke belakang dengan membuat mesej pemasaran yang bermula dengan “What.”

“Kami membuat komputer yang hebat, mesra pengguna, direka dengan indah, dan mudah digunakan. Ingin membeli?”

Walaupun fakta ini benar, tidak kelainan yang membuatkan pelanggan ingin terus membeli produk Apple .   Apple telah mengenal pasti ini sejak bertahun yang lalu, dan hasilnya pelanggan Apple setia membeli produk mereka.  Berikut adalah mesej pemasaran yang  Apple gunakan:

“Dengan semua yang kami lakukan, kami berhasrat untuk mencabar status standard. Kami mereka produk yang berbeza. Produk kami mesra pengguna, direka dengan indah dan mudah digunakan. Kami hanya membuat komputer hebat.

Lihat bagaimana perbezaannya? Oleh kerana Apple bermula dengan “Why” apabila berinteraksi dengan pelanggan  ia dapat menarik pelanggan yang percaya dan  berkongsi kefahaman asasnya.

“Orang tidak membeli apa yang kamu lakukan, mereka membeli mengapa kamu melakukannya.” (Simon Sinek)

Kenapa gunakan dalam merekabentuk “UX”

Metod ini digunakan untuk membantu mendapatkan prinsip dan maklumat asas oraganisasi. Sering kali maklumat sebegini hanya lah dikongsi bersama pemilik atau pengasas organisasi. Dengan menggunakan Golden Circle, maulumat sebegini boleh dikongsi dengan lebih meluas. Ini akan membantu seluruh ahli dalam organisasi menyumbang ke arah yang betul dalam membangunakan lagi organisasi.

Rujukan untuk maklumat lanjut

Start With Why Website https://startwithwhy.com/